Saturday, 23 March 2013

~Dr. MAHATHIR~

✿JUMAAT (22 MAC 2013)✿
3 program besar telah berlansung di UKM..
Dimana ketiga-tiga program tersebut dianjurkan oleh 3 buah kolej yang berbeza..
❖Bual Bicara Bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dianjurkan oleh FESSAT (KTHO)..
❖Forum Bicara Cinta Bersama Yatt Hamzah dan Ustazah Fatimah Syarha dianjurkan oleh TG2KM(KKM)...
❖Forum Perdana Bersama IM Hassan, IM Aran dan Hilal Asyraf dianjurkan oleh KAPERZA(KPZ)..
NAK PI TENGOK SEMUA!!!...
Tapi waktu yang sama...erggghhhh...(=.=)!
Kenapa hari yang sama???!!!!
Jenuh jugak laa nak fikir mana satu yang nak pi...
So, aku rasa baik tak payah p semua...HAHAH


TAPI...
AKHIRNYA, AKU P JUGAK...

♕Bual Bicara Bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad♕...
Sebab tiba-tiba roomate ajak p...
Kami pun kalut la bersiap untuk p sebab dah lewat dah...huhu
Ingatkan tak mau p dah semua..hee
Beliau merupakan pemimpin Malaysia yang paling aku kagumi...
Tapi sebenarnya nak tengok jugak ♦IM Hassan dengan Hilal Asyraf♦ live..
Duk tengok dalam internet dengan tv jaa..huhuh
Tapi aku rasa keputusan yang aku buat semalam adalah yang terbaik..
Walaupun dah banyak kali aku jumpa Dr. Mahathir secara live...
Tapi aku rasa nak jumpa lagi...aku pun tak tau kenapa◕‿◕..
Maybe sebab tajuk yang yang akan dibacarakan tu menarik sama kowt..
۩❝Mahasiswa dan Kedaulatan Negara❞۩..

Tapi part yang paling best semalam ialah part soal jawab pelajar bersama dengan
Dr. Mahathir..
Banyak pelajar yang nak tanya soalan kepada Dr. Mahathir tetapi terpaksa disekat kerana sudah cukup masa(dah pkul 11 malam★☾ dah )...
Soalan2 yang diberikan oleh pelajar cukup bernas dan panas....heheh
Tapi Dr. Mahathir petah menjawab segala soalan yang diajukan..✔
Antara soalan2 yang ditanya termasuklah tentang :
☞ free education yang diminta oleh sesetengah mahasiswa..
☞ bagaimana Tun menghadapi krisis ekonomi apabila menjadi PM suatu ketika dahulu??
☞ dasar pandang ke Timur tetapi Korea dan Jepun penyokong kuat Amerika Syarikat di PBB??
☞ kes Lahad Datu juga tidak ketinggalan untuk disoal oleh pelajar kepada Dr. Mahathir..
Kalau boleh aku nak dapatkan video time soal jawab tu....(tapi nak cari kat mana)..huhuh
Banyak juga soalan dan jawapan yang memberi input berguna kepada aku..☻ ☺

Sebelum majlis bermula...
Ketibaan Tun Dr. Mahathir Mohamad
dan Tun Dr. Siti Hasmah




❤ Bapa Pemodenan oqhang KEDAH! heheh ❤

~TEMPAHAN~


Minggu lepas aku dapat pengalaman baqu✿..
Menjaga tempahan meja bagi dinner KKM yang dijangka pada awal Mei ini...
Ni merupakan salah satu tugas bagi post jamuan..
Minggu lepas kami dah siapkan board bagi tempahan meja✔..
So, minggu ni tempahan meja telah dibuka..
Dari hari isnin sampai khamis..
Aku kena jaga 2 hari seminggu...
Dari pukul ☁ 8 malam sampai la pkul 11 malam ☾..
Ramai juga orang yang datang untuk buat tempahan..
Maybe sebab tak payah bayaq sama kowt..heheh
Kalau kena bayaq mesti liat sikit nak tempah...hohohoh
Banyak juga kerenah orang yang aku dapat tengok bila handle benda ni✖..
Tambah2 bila aku kena jaga bagi tempahan senior (tahun 3,master, PhD)
Tapi aku rasa benda ni juga bagi aku pengalaman untuk berhadapan dan berinteraksi dengan orang yang berbeza sikap dan perangai ni✔...
Mostly, semua senior2 KKM ni baik2 belaka *^_^*
Tapi seriously aku rasa benda ni best sangat..
Walaupun 3 jam tapi rasa sat sangat..
Hubungan kami antara AJK pun semakin hari semakin rapat..
Itu yang paling penting☚


~It's All About Ocean~





❤ Minggu depan ada lagi tempahan meja^^ yeay!! ❤

Saturday, 16 March 2013

~DEKAN~

Pertama kali...
Alhamdullilah...Syukur sangat2 kepada Allah S.W.T...☝
Tak sangka sangat2 aku boleh dapat DEKAN untuk semester kali ni!!...
Wahhhh...perasan tu tak boleh nak bagitau macam mana...
Rasa happy, bertuah, tak percaya pun ada 1st dulu..semua rasa bercampur dalam hati  {。^◕‿◕^。}
Bila check result ikut SMS..(takut nak check kat internet..heee)
Memang serius terkejut..tiba2 meremang bulu roma...
Subjek yang aku rasa paling tak boleh buat dapat A!!!
Ya Allah..bersyukur sangat2...
Terima Kasih banyak2 kepada :
Family yang jauh di utara tanah air...✔
Pensyarah2 yang banyak mencurahkan ilmu kepada aku...✔
Kawan2..Sahabat2...yang sering membantu aku dalam pelajaran dan tak lokek untuk berkongsi ilmu..✔
TERIMA KASIH SEMUA!! :'D

Jadi, pada hari jumaat yang lepas telah diadakan satu majlis untuk meraikan pelajar2 yang mendapat dekan bagi Fakulti Ekonomi & Pengurusan..
Aku juga terlibat sebagai AJK Jamuan pada hari tersebut..(asyik dapat AJK jamuan ja=.=")
Ramai juga parents dan family yang datang..
Tapi family aku tak pi laa...jauh...
Anugerah diberikan oleh DEKAN FEP sendiri...
Teruja pun ada, bila aku dapat jumpa dekan 1st time dalam majlis macam ni..*^_^*
Lepas habis majlis..pelajar2 bergambar dengan pensyarah2 di atas pentas..
✿Ni merupakan salah satu moment yang aku tak kan lupa time aku kat UKM..✿
Hopefully aku akan dapat kekalkan dekan sepanjang aku berada kat UKM ni..
In Sya ALLAH...☺ ☻

Zaf & Ain Hassan....^^


Bersama sahabat2 dari exco Kelab Ekonomi...

Bersama DEKAN FEP! =)




❤ DEKAN, DEKAN, DEKAN untuk setiap semester ! ZAFIRAH fighting! ❤

~JAMUAN~


Hari ni boleh dikatakan seharian bersama AJK post jamuan dinner KKM...
Dan hari ini juga aku rasa hubungan kami makin rapat =)
Kalau tidak masa dulu, jumpa time meeting nak sembang pun susah...✖
Jumpa kat luar lagi laa..
Tapi hari kami seharian buat keja bersama-sama..
Makan bersama-sama....✔
Waktu pagi kami kami melakukan aktiviti car wash bagi mengutip dana untuk dinner KKM pada tahun ini...
Banyak jugak orang yang hantar motor...kereta  tak dak untuk kali ini..
Satu moto, 5 orang basuh..hahah(kalau tak bersih lagi, tak tau la nak kata apa..heheh)
Best gila sambil cuci motor sambil dengar lagu..♬♪ ♭♫♪(orang duk tidoq, kami buka lagu kuat2..heheh)
Walaupun hanya membuat car wash tetapi aku rasa ni merupakan salah satu cara juga untuk merapatkan hubungan diantara AJK post jamuan sendiri selain untuk mengutip dana..
Penat tetapi gembira!☻ ☺

Lepas membuat car wash, kami sambung dengan membuat persiapan untuk tempahan meja bagi dinner yang bermula minggu depan..
Penat duk buat aktiviti mengunting dan pelekat arini..✄
Bagi post jamuan kami perlu membuka tempahan meja di kafe...
Tempahan dibuka selama seminggu..
Apa lagi..Jom laa tempah meja!!!
Nak tahu lebih banyak info tentang dinner boleh pergi kat link bawah ni ☟...
Yang paling penting ♦FREE of charge♦untuk pelajar2 KKM...^^

Lama tak buat aktivit2 kreatif macam ni.. (bersepah habis tempat..=.=!)

Dah siap!!! Cantik tak??? ( mesti la cantik..hahah)



❤  JOM TEMPAH MEJA^^!!! Post Jamuan GEMPAK!!!  ❤

~TAMBUN~

Okay, kita sambung balik cerita pasal aktiviti untuk hari yang terakhir Program Jejak Varsiti....

Untuk hari terakhir satu jaa destinasi iaitu di Lost World of Tambun!!!
Pagi2 lagi kami sudah bertolak dari Perlis untuk ke tambun...
Walaupun dah pernah pergi dengan family before this...
But then, bila pergi dengan kawan2 ni lain sikit...(jiwa sama,jiwa kacau)..hehehe
Tak dak apa sangat yang nak cerita..
Macam biasa la..
Masuk mandi..
Pastu kolam air panas..
Melawat zoo..
Bagi makan ikan..
Tengok harimau..
Tangkap harimau...
eeehhhh,,,,tangkap gambar (benda paling penting)..hahaha
so, ni lah hasilnya....


Lost World of Tambun

Program Jejak Varsiti!

kami dapat gelang free=)

macam real ja kat belakang tu..huhuh

bagi makan ikan..tapi angsa yang mai makan..=.=

haaa...satu lagi...
program ini terasa sangat2 la best sebab kami pergi menaiki bas 2 tingkat!..
seat kat bawah semua girl and budak2 exco..☻
dah rasa macam bilik bergerak...hehehe
siap ada cermin lagi...

ni bas kami! sila abaikan orang yang ada di dalam gambar.

Selepas itu, kami pun balik dengan hati yang gembira..
-TAMAT-




❤ walaupun hanya 2 hari, kenangan terlalu banyak:'D, RINDU..... ❤

Friday, 15 March 2013

~PERLIS~

Lama dah rasa tak tulis blog ni...
Rasa malas pun ada...heheh
Tapi disebabkan nak cerita pengalaman membuat akitiviti pertama untuk sem ni..
Jadi excited pulak nk tulis..=)
Minggu lepas busy dengan aktiviti Kelab Ekonomi sampai tak sempat nak post kat blog..
So, post kali ni nak berkongsi serba sedikit tentang aktiviti yang dijalankan..
Pada hari minggu yang lepas, Kelab Ekonomi ke Perlis untuk ♕Program Jejak Varsiti ♕selama 2 hari..
Pada hari pertama kami pergi melawat ke ☞Uitm Perlis dan juga ☞Kolej Matrikulasi Perlis=)

Perpustakaan di Uitm Perlis
                                                               
salah satu kolej kediaman di matrik perlis

gambar kenangan bersama sebahagian exco-exco Kelab Ekonomi =)


Kami juga tidak ketinggalan untuk singgah di ☞Padang Besar, Perlis bagi membeli oleh2 untuk dibawa pulang=)

Walaupun cuaca agak panas☀☼, tapi disebabkan barang2 disitu sangatlah murah..
Kami shopping sepuas hati..rambnag mata (biasa la,tak boleh tengok barang murah..semua nak beli)..heheh


gambar hiasan saja..hehehe

Sebelah malam pula kami dibawa makan malam di ☞Kuala Perlis..
Makan malam di tepi laut...^^
Lamanya tak makan mewah macam tu..
Tomyam, sayur campur, sotong celup tepung, ikan tiga rasa, telur dadar..
Wahhhh!!!✿heaven gilaa✿...hahah
Dengan hembusan bayu laut...(kalau letak bantal kat situ boleh terlelap rasanya)..heheh
Oleh itu, maka berakhirlah hari pertama di Perlis...
Hari last kita sambung post seterusnya okay! (nak bagi bnyak post)..heeee
See u soon!!



❤ Exco Kelab Ekonomi the best...!!! ❤

Monday, 4 March 2013

~KUNCI~


Kunci ohh kunci ~~~
Nak panggil....tapi dia bukan nya manusia....tak boleh sahut..
Nak call...tapi dia bukan nya telefon ☎...tak boleh mengeluarkan ♬ringtone♬♪....
Tu laa....bila fikir balik nak cari kunci yang hilang sangat lah susah...huhuhu
Memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk ingat balik kat mana kita letak..
Ataupun dengan selongkar 1 bilik laa jawabnya...tak dak cara lain dah...
Tu la yang terjadi kat aku hari ni...and aku buat dua2 benda kat atas tu...
(memang tak penat pun ==", dah macam orang hilang anak dah...tapi betul jugak laa..anak kunci....hahahah)
❝ Pelik gila...macam mana kunci boleh hilang dalam sekelip mata jaa??? ❞...
Tu la yang ada kat dalam kepala aku time tu...pelik.pelik..
Dah la kunci bilik tu sekali dengan kunci almari ۩۩....serabut...sumpah serabut!..
Satu bilik aku selongkar...atas katil, bawah katil, atas meja, bawah meja..semua tempat aku tengok..sekali dengan area roomate aku pun aku cari jugak..
Kowt2 laa ada terletak kat situ ka...tapiiiiii...tak jumpa jugak...
Aku cari sampai luar kawasan bilik..sebab aku ada keluar basuh baju before kunci tu hilang....
Kowt2 laaa terjatuh kat mana2..tapppiiiii...tak juma jugak...
Lepas tu aku terpaksa guna manga kat luar pintu untuk kunci bilik aku, tanpa mengunci pintu bilik....untuk keluar...
Bila aku balik bilik...aku try lagi cari...kali ni barang2 atas katil semua aku aku angkat....aku nekad!✔..
Sebab selalunya aku akan lempaq kunci atas katil jaa..heeee
Tiba2...bila aku angkat buku teks akaun yang seberat 2 kilo atas katil aku...
✦JENG JENG!!!✦ DAH JUMPA!!!✦....
Kunci ni main sembunyi2 dengan aku boleh...huhuh
Aku cari bagai nak rak...
Rupanya kunci aku terpenyek kat bawah buku akaun yang besaq gedabak tuuu...



lokasi kejadian : mangsa ditemui tertindih dibawah buku akaun, dan tertuduh didapati tidak bersalah..heheh



❤ Lain kali cari guna mata....bukan guna lutut....betul dak zafirah???(=.=)! ❤

Sunday, 3 March 2013

~MENUGGU~

“ Dengan ini, saya ✿ZAFIRAH BINTI HUSIN✿ mengisytiharkan bahawa 2 Mac 2013 merupakan Hari Menuggu satu dunia. ”
Ni kita panggil sebagai statement geram + marah! (walaupun tak nampak macam marah pun)...hewhew
Nak tahu kenapa hari tersebut tercipta????
Sila sambung baca cerita dibawah jika berminat...
Kalau tidak berminat boleh berhenti membaca sampai di sini sahaja..Terima Kasih.=)


Okay, bagi sesiapa yang still continue membaca, aku harap hampa tidak berasa hampa dengan cerita aku ni...(hahah...ayat berbelit2..)
Cerita dia macam ni...
Kelmarin aku dengan kawan2 aku keluar ke KL untuk nak cari barang..(bukan✖ barang CESMED..heheh)
Kami keluar dalam pukul 2 petang disebabkan ada sesi connect di sebelah pagi (connect tu untuk latihan subjek akaun)...
Kami pun menunggu bas di kolej (KKM)...tunggu kat bus stop lebih kurang 30-40 minit baru bas mai...
Kiranya, kami sampai kat KTM lebih kurang dalam pkul 3 macam tu..
Sampai kat KTM biasa laa menuggu beratur untuk beli tiket pulak..
Tiba2..aku perasan..ada notis  “platform 1 ditutup untuk kerja pembaikan, sila ke platform 2 ”(macam tu la lebih kurang)..aku dah dapat agak berita ni kurang baik✖....
Jadi, tepat lah sangkaan aku✔..
Selepas selesai beli tiket..aku tengok semua pakat berhimpun menugggu kat platform 2..memang ramai laaa..yang duduk bersila kat lantai pown ada...
Dengan cuaca yang panas terik☀☼...memang terbaik laa..
Kat sini aku tak pasti berapa lama kami menunggu..yang penting lebih lama dari biasa..(rasa macam 40 minit jugak tunggu)✖
Tunggu punya tunggu..baru la train tiba...pastu macam biasa laa...berhimpit dalam train..kalau hari biasa pun berhimpit..ni tambah2 train mai lambat..boleh bayang sendiri laa keadaan dalam train tu...(lebih padat dari tin sardin)☠...
Nak dipendekkan cerita..dari UKM ke Times Square mengambil masa 3 jam!!!! pukul 5 baru sampai..
Nak balik pun macam tu laa...tengah2 malam☆☽ pun still ramai orang and train lambat juga...
Kiranya sapa2 yang bawa tikar tu dah bole berkelah♨ + tidoq dah sambil tunggu train...
Bila train lewat, bas pun tak dak dah laaa..so, kena naik teksi...
Disebabkan ramai orang, teksi pun habis..
So, untuk kali yang ke berapa aku tak ingat, kami terpaksa menunggu giliran untuk naik teksi pulak..
Senang cerita dari mula sampai last asyik menuggu jaaa..
Sebab tu aku mewujudkan ♦Hari Menuggu♦ satu dunia pada hari tersebut..
Untuk memperingati hari kejadian..



❤ sakit + lenguh satu badan..rasa macam p bersukan tanpa warm up...huuu(T.T)❤

Saturday, 2 March 2013

~BAUCAR~


Post kali ni lebih selesa dan happy sikit sebab....
Laptopku dah kembali!!!!
♕Welcome Home Lappy!!!♕
And ni jugak merupakan post pertama menggunakan laptop aku sendiri....hehehe *teruja!
Tapi, sebenarnya aku tak mau cerita panjang pasal lappy ni, sebab ada benda lagi best yang nak dikongsi...
So, aku masuk bab baucar buku!!!☚(biasa la excited lebih bila dapat benda free ni)..haha
Walaupun benda ni dah lama orang dapat tapi aku still nak kogsi jugak pasal baucar ni...✔
First time aku dapat masa kat matrik..tapi dulu RM 200 saja, sekarang dah naik RM 250..
Alhamdullilah..Ringan sikit beban nak beli buku..☻
In Sya ALLAH..baucar buku ni akan digunakan dengan sebaiknya.
Perancangan rapi bakal diatur untuk menggunakan baucar ni supaya tidak menyesal dikemudian hari...
Baucar buku ni jugak telah menyelesaikan satu daripada masalah aku...★
Dimana, aku dah boleh beli buku2 yang diperlukan..assingment pown dah boleh buat...
So, boleh la aku tarah gunung assingment aku tu sikit2...✄
Aku dah guna lebih kurang RM100 untuk buku and tinggal lagi RM150 masih lagi difikirkan....(~.~)
Mungkin aku akan beli alat tulis untuk stok setahun...hahah
Tapi jangan risau..baucar buku ni boleh digunakan sehingga 31/5/2013...(pandai2 lah merancang)
Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya...✿
Yang paling penting..BERUSAHA & SABAR! 
In Sya ALLAH...


ni contoh baucar buku...paling best bau macam duit baru keluar bank..heeee



❤ Jom kita shopping!!! BUKU.....jangan pandai2 nak ubah konsep pulak=) ❤