Tuesday, 4 June 2013

~FRIENDS~


So, this is my 30th post for my blog...
We can see my things happen within this time..
And as we all know...

We are already finish our 1st year in UKM!! ( 2 more years to go T.T )..
and YEAH!! WE SURVIVE !!!!!...hehehe
Alhamdullilah....
But don't forget about final examnination..that haven't started yet..
And just around the corner..
We still have a lot of time to study...
Don't give up...

So, for about 1 year I've been here in UKM..
I got a lot..a lot...a lot of friends....
And I feel really great to know all of them...
They have been really good to me..
Although we've just meet in UKM..
But..I feel that I've been know all of them a thousand year ago...hahaaha
Because they are someone who makes me laugh until I can't stop..
Someone who makes me believe that there really is good in the world..
And all the memory that we've together just make me smile....=D


THANK YOU FOR BEING MY FRIENDS ALL THIS TIME =')

YOU'RE THE MOST VALUABLE POSITIVE FEATURE OF MY WHOLE LIFE!!


And this song`s lyric is really2 suitable to describe about our friendship...
Enjoy this song~~
You can also sing along if you want...^^






❤ The world is better because u're in it...! =D ❤ 

Sunday, 2 June 2013

~BANJIR~

Disebabkan aku tak tau nak tulis apa...
Aku nak cerita sikit pengalaman aku tentang banjir ni..
Sebelum parents aku pindah rumah sendiri..
Aku satu family tinggal kat rumah tok aku..
Kiranya aku dari lahir sampai laa darjah 4 tinggal kat rumah tok aku..
Dan rumah tok aku ni nak kata kampung tu tak dak laa kampung sangat..
Rumah tok aku ni tepi jalan besaq jaa..
And depan rumah tok aku tuu airport lagiii..(so, korang bayang2 kan lah sendiri)

Okay2 terlari tajukk..bukan nak cerita pasal rumah tok aku..nak cerita pasal banjir..
Sambung balik cerita..
Kat rumah tok aku ni memang area banjir...
Dulu banjir dalam 2 tahun sekali..makin lama jadi setahun sekali...sampai laa tahun 2010 dia stop...tak banjir2 dah sampai sekarang...
Alhammdullilah...
Kiranya tahun 2010 tu banjir paling teruk laa....

Perabot2 dalam rumah tok aku tu...makin lama makin sikitt..
Habis rosak perabot2...dah kena buang...
Yang ada pun perabot yang sempat diselamatkan dan almari2 jati yang boleh basuh balik..
Tapi yang paling penting rumah tok aku sekarang memang lapang laa..tak dak perabot sangat..
Tok aku pun malas nak beli perabot baru..takut banjir..guna jaa laa apa yang ada..

Aku pernah alami banyak suasana banjir nii..
Ada yang ayaq nak pkul 2 3 pagi..kes ni barang tak sempat angkat....sebab tiba2 ayaq naik lajuu..
Ada yang naik time magrib...kes ni sempat angkat..tapi kalut gilaa time tuuu...huru hara dalam rumah..
Ada yang bila dapat tau kawasan lain dah naik ayaq..kami angkat sesetengah barang siap2..jadi tak kalut sangat...
Tapi yang paling bestt..bilaa dah angkat barang..tiba2..tak kena banjir pulakk..(mmg tak geram pun =.=! )
Ada sekali banjir tu kena time Hari Raya Haji...sedih gila time tuu..tapi nasib tak banjir teruk....

Yang palig teruk banjir...tahun 2010 tak silap aku...banjir yang last skali tuu..
Kiranya masuk dalam rumah tok aku tu tenggelam laa satu badan...
Time tu aku dah pindah rumah..
Jadi, tok aku duk kat rumah aku laa....
Yang tak teruk time raya haji tuu...ayaq takat buku lali jaaa (baik tak payah duk banjir ==")

Part paling teruk time banjir ni mesti laa time nak cuci kaannn...
Hanya Tuhan saja yang tau kepenatan tuu..
Kalau banjir ni kita kena cuci exactly selepas ayaq turun..tak bole tnggu 2 3 hariii..jenuh sakan laa nak tonyohh lepas tu...dah kering abih dah selut2..
Banjirr takat leher ka takat buku lali jaa..memang kena cuci 1 rumahh laa...

Nak cuci selut yang 2 inci tu laaa yang paling penat...huhuhu
Dan rumah tok aku ni boleh dikira agak besaq laa jugak...
Selalunya sehari laa bab2 mencuci ni...malam tuu semua pengsannn..HAHAHA
Tapi yangg paling aku geli nii lintah, pacat, ulaq......eeeeeee......tak sukaaa...
Tapi yang paling bestnya rumah berkilat lepas tuuu...HEHEHEH

Gambar kat bawah ni gambar banjir tahun 2010...

Bahagian hadapan rumah

Barang2 yang letak atas tangga pun tenggelam...sebab banjir teruuk..
Bahagian luar rumah
Pokok pun dah jadi 2 tone...kena tunggu hujan jelaa..takan nak basuh satu2 daun pulak...(=.=)
Dalam bilik


Bahagian dapur...




❤ Tengok gambar pun dah boleh tau kepenatan nak mencuci....❤


~ FINAL EXAM~

Seperti mana yang kita semua tau, minggu ni merupakan minggu study week...
Minggu dimana semua student dah dapat rasa bahang final exam ni...
Tapi tak tau lahh kowt2 ada student yang still tak dapat seru lagii nak exam ni...HEHEHE

Aku pun seriusly tak dapat mood lagi nak exam ni..
And benda tu amatlah merbahaya....(+.+)
Aku kena paksa jugak diri aku untuk study...
Sebab tinggal berapa hari jaa lagi untuk examm..
Nampak macam tak sempat nak baca semua pun ada...
Tapi usaha tetap kena usaha...ada masa ka tak dak masa ka..
Kita kena push diri kita...
Study laa takat mana yang kita mampu..
Asal kan kita berusaha dan banyak berdoa kepada ALLAH S.W.T.
Insya Allah...ada ganjaran kepada kita..=)

Bila aku bandingkan balik diri aku masa 1st sem dulu..
Aku rasa sem 2 ni lebih banyak main..
Bukannya main apa...maksud aku tak terlalu fokus kat study..
Aku rasa 1st sem better lagi pada sem ni..
Lebih teratur..
Ka sama jaa..ntah aku pun tak tau...HUHUHU

Tapi harapan aku untuk dapat dekan sem ni pun masih tinggi..
Cuma perlukan usaha yang gigih dan berterusan dari aku..
Dengan berbaki beberapa hari saja lagi ni..
Sapa yang tak nak dapat dekan kan???
Jadi aku berharap sem ni aku dapat mempertahankan anugerah dekan tu..
Sebab aku tahu masuk 2nd year nanti agak sukar untuk aku dapat anugerah tu..
Tapi tak mustahil!..=)

Oleh itu, aku ingin mengucapkan....
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
untuk semua sahabat2 aku..=)

WE CAN DO IT!!!!
FIGHTING!!!!




❤ Usaha Tangga Kejayaan..GOOD LUCK SEMUA !!!! =D ❤

~PEMBENTANGAN 2~


Bagi pembentangan kali kedua ini..
Masa yang diberikan agak panjang dari pagi sampai ke petang..
Untuk menghabiskan semua sesi pembentangan pada hari itu jugak..
Jadi, bagi sesiapa yang tak ada kelas lepas kelas aplikasi komputer boleh membentangkan hasil kerja mereka mengikut masa yang telah persetujui dengan Encik Azzwan ...
Tapi disebabkan aku tak free bagi masa2 yang lain..
Aku membentangkan hasil kerja kumpulan kami pada waktu kelas..
Kumpulan aku merupakan kumpulan kedua yang membentangkan  pada hari itu dengan tajuk NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK..


Bagi kumpulan lain...
Antara tajuk yang dibentang pada hari berkenaan ialah tajuk...
ILMU PERTOLONGAN CEMAS- Kumpulan 6
COKELAT- Kumpulan 7
PARODY- Kumpulan 9
APLIKASI MOBILE- Kumpulan 10
GUBAHAN- Kumpulan 11
STRESS- Kumpulan 16
PAKAIAN TRADISIONAL MALAYSIA- Kumpulan 4

Video yang dihasilkan sesetenagah kumpulan sangat menarik dan terhibur..
Idea yang mereka fikirkan sangat kreatif dan dapat menarik perhatian penonton..
Semoga semua dapat info2 dari pembentangan yang dibuat oleh kumpulan lain..



❤  Next presentation....Microsoft Access!! ❤ 

Saturday, 1 June 2013

~PEMBENTANGAN 1~

Mungkin agak lewat aku postkan tentang sesi pembentangan PowerPoint untuk subjek aplikasi komputer ni...
Pembentangan sesi pertama hanya 2 kumpulan yang sempat membentangkan hasil kerja mereka...
Disebabkan oleh masalah teknikal dan jugak masalah dunia..HEHEHE

Pembentangan kumpulan lain terpaksa ditangguhkan kepada hari lain..
Fuhhh....kecut perut jugak duk tunggu Encik Azzwan tarik nombor kumpulan yang kena bentang..HIHIHIH

2 kumpulan yang sempat membetang pada hari tersebut ialah kumpulan 2 dan kumpulan 12 sahaja..

Kumpulan 2 membentangkan mengenai KASUT...
Wowwww....tak terhafal aku=.=
Banyak info yang aku dapat dari pembentangan ni..
Dan rupa-rupanya setiap jenis kasut yang kita pakai ada namanya yang tersendiri..

Aku sebagai seorang perempuan pun tak tahu nama2 spesifik bagi setiap kasut ni...=="
Jadi bila kumpulan ni membentangkan tajuk ni..
At least aku dah tahu sikit jenis2 kasut ni..
Kumpulan ni jugak ada memberikan tips2 yang berguna untuk membeli dan memadankan kasut yang kita ada dengan baju yang kita gayakan..
Video yang dibuat jugak menarik dan mendapat pujian dari rakan yang lain..

Bagi kumpulan 12 pulak..mereka membentangkan tajuk PANTANG LARANG..
Mereka menerangkan lebih spesifik bagi pantang larang kaum Melayu, Cina dan India..
Ada pantang larang yang dah pernah aku dengar..
Dan ada juga pantang larang yang baru 1st time aku dengar..
Selalunya pantang larang bagi kaum lain laa....
Tajuk yang dibentangkan jugak tidak boring..
Dan dapat menarik perhatian kelas..


❤ Kita tunggu pembentangan seterusnya....jangan tukar siaran anda...hehe❤

~CESMED~

Pada hari rabu yang lepas telah diadakan Super Wednesday iaitu pertandingan simulasi perniagaan, Mogul bagi subjek Asas Keusahawanan dan Inovasi atau dikenalik sebagai CESMED...
Semua pelajar tahun 1 diwajibkan hadir kerana ini merupakan salah satu markah bagi exam final...

Pada pagi tu kami dikehendaki untuk mendafar  pada pukul 8 -8.30 pagi...
Kami disediakan roti , cupcake dan juga air mineral...
Pagi tu jugak semua pelajar tahun satu berkumpul di DECTAR...(teringat balik time MMP dulu...heee)
Penuh satu DECTAR riuh rendah pagi tu...
Semua pelajar lepas saja mendaftar, terus masuk untuk mencari tempat duduk masing2...

Aku dan kumpulan aku yang terdiri daripada ain, syue, solehah dan yatt pun p ke DECTAR bersama-sama pagi tu...
Semua dah bersemangat dari malam tadi lagi...
Tak sabar nak GEMPUR.!!

Kami practise sampai pukul 12 malam untuk lebih bersedia bagi pertandingan pada esok hari..
Sebab dah lama tak main....hehehe
Kami siap ada perunding yang menjadi guide untuk kami berlatih Mogul malam tu...wahhhh,hebat gituu...
Berlatih punya berlatih malam tuu..
Kami dapat 1st rank untuk quater 4 !!!!...
Semua terkejut...1st time dapat nombor 1..
Selalu duk main dapat nombor last jaaa..
Jadi malam tu dah jadi pembakar semangat kami untuk lawan pada esok hari...

Tepat pukul 9 pagi....
Pertandingan bermulaa...
TETAPI....
Ku engat panas sampai ke petang tapi hujan di tengahari...(bole pulak duk berperibahasa kat sini=.=..)
Broadband yang aku bawa tak dapat line lansung kat dalam DECTAR...
Aku engat bila ada broadband tak yah laa susah2 nk berebut wifi dengan berapa ratus laptop dalam DECTAR tu..
Apa kan daya...terpaksa jugak connect guna wifii..
Tapi Alhamdullilah dapat jugak connect...
Kami pun teruskan pertandingan....

Masalah kedua pulak muncul lepas tuu...
Bila nak submit quater 3...
Tiba-tiba....connection tak dakk..
Jadi quater 3 kami tak sempat nak saveee...
Hmmmmmmm....
Lepas tu malas dah laa nak buat...
Rank semua jadi teruk habis...
Awal tadi rank okayy jaa...maintain...
Mood hilang teruss...huhuhu TT

Berserah ja laa sekarang ni..
Usaha dah usaha...
Redha ja laa dengan result yang kami dapat..
Maybe ada hikmah disebalik tu... =)

DECTAR sebelum pertandingan bermula...



#Team Globaltech Company #




❤ Ada jodoh kita jumpa lagi...you guys rock!!! ❤

~GELANDANGAN 2~

Okay post ni merupakan rentetan dari post sebelum ni mengenai gelandangan....
Walaupun program ni dah berlalu 3 minggu yang lepas...
Aku still nak tulis dalam blog untuk dijadikan kenagan...sobsob

Bila aku dipilih untuk menjadi ketua pengarah(KP) bagi program ni aku terkejut sangat2..
Sebab, first aku baru budak tahun 1, and then ramai lagi yang aku rasa lebih berpotensi dari aku..
Kenapa pilih aku jugak???
Dan aku sampai sekarang still tak tahu kenapa diorang pilih aku...
Walau apa pun aku anggap benda ni satu pengalaman yang sangat bermakna dan aku tak dapat lupa semasa aku berada kat UKM...=)

Bila jadi KP untuk program ni dengan automatiknya aku dapat merasa semua kesusahan yang dialami senior2 semasa diorang menjadi KP untuk program lain...
Nampak senang..tapi disebalik kesenangan yang kita nmpak tu ada seribu satu kesusahan yg perlu dialami..
Walaupun program aku sehari...perancangan rapi perlu dibuat untuk memastikan program berjalan dengan lancar..
Lagi dekat tarikh program, lagi banyak perubahan dalam aktiviti program dilakukan..dan lagi banyak keja yang nak disiapkan...
Dengan assingment lagi...
Jadi, kena pandai bahagi masa..
Tapi aku bersyukur sangat2...sebab aku ada sahabat2 aku yang tolong aku untuk menjayakan lagi program ni...terutama sekali AIN HASSAN...heee
Walaupun dia tak termasuk dalam AJK untuk program aku...sebagai sahabat dia sanggup tolong aku..=')

Waktu ini jugak aku rasa aku dapat terlalu banyak ilmu dan pengalaman untuk bantu aku mengasah softskill aku yang agak lemah...
Dan bila aku jadi KP...kebanyakkan kerja aku dah tahu buat...

Banyak pengalaman yang aku dapat..
Dan pengalaman yang tak boleh aku lupa kan bila Dekan FEP menjadi perasmi bagi majlis perasmian program aku...(dapat duduk sebelah dekan..heheeh)

Dan benda yang paling ketara aku nampak...
Hubungan kami(exco2 kelab ekonomi) semakin bertambah erat..
Terlalu banyak kenagan bila aku buat program ni..
Sama2 stay up sampai pkul 2 3 pagi kat FEP siapkan bahan pameran....
Exco2 yang before ni tak pernah tegur pun dah kenal...
Aku rasa exco2 kelab ekonomi merupakan sahabat2 aku yang paling happening, paling gila2, paling aku SAYANG...=)
Semua satu kepala...HAHAHA

Dan Alhamdullilah..
Semua benda berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan.. =)

persiapan untuk pameran
Semua khusyuk buat kerjaa..heeee
bergambar bersama Puan Munirah & Dr. Suhaili didepan booth pameran ..smileeee=)
Majlis perasmian Program Tautan Kasih Bersama Gelandangan
KP tengah bagi ucapan dalam majlis perasmian...heheh
Dekan FEP sebagai perasmi
Bergambar sebelum aktiviti bermulaa...
-Jalan Sultan Ismail-
Golongan gelandangan beratur panjang menuggu giliran untuk mendapatkan makanan..
-dianggarkan lebih kurang 200 orang-
Exco2 tengah bertugas memberikan makanan...
Bergambar selepas selesai akiviti...
-Alhamdullilah-




❤ Memori indah tercipta......❤

Monday, 20 May 2013

~GELANDANGAN~

Gelandangan..
Maybe ni merupakan kali pertama sesetengah orang mendengar perkataan nii..
Jadi aku nak explain dulu laa maksud gelandangan ni...
Kalau dalam english orang panggil HOMELESS..
Rasanya semua orang dah tau dah kalau aku tulis homeless nii...
Tak perlu lah aku nak hurai panjang2 kan...

Kenapa post aku kali nii tentang gelandangan???

Sebenarnya aku dipilih untuk menjadi Ketua Pengarah bagi Program Tautan Kasih Bersama Gelandangan anjuran Kelab Ekonomi...
Dimana program ini dibuat untuk memberi makanan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur..

Jadi semester ni aku banyak membaca tentang gelandangan nii..
Dan seminggu sebelum program nii dijalankan..
Aku dengan 3 orang exco2 Kelab Ekonomi yang lain telah mengambil keputusan untuk melawat tempat dimana program kami akan dijalankan...
Iaitu dibelakang Tunes Hotel Jalan Sultan Ismail..
Program ini dijalankan dengan kerjasama dari PERTIWI Soup Kitchen...

Jadi pada hari tersebut kami bertolak petang dari UKM kerana kami akan memgedarkan makanan kepada gelandangan tepat pada pukul 9 malam...


Truck makanan dah sampai =)
Pada hari tersebut juga ada baju2 terpakai dibawa oleh salah sorang sukarelawan untuk diberikan kepada golongan gelandangan..
Tapi untuk hari tu hanya baju lelaki sahaja yang dibawa...

Beratur untuk mendapatkan pakaian...


Mencari saiz baju yang sesuai untuk mereka..



❤ Belajar lah untuk bersyukur... ='( ❤

~DINNER KKM~


Pada 2 dan 3 Mei yang lepas telah berlansung Malam Anugerah Mahasiswa Dan Amal Kolej Keris Mas 12/13 di DECTAR...
Dinner KKM ni telah dijalankan selama 2 hari iaitu junior night dan senior night...kerana tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai...
Dinner pada kali ini bertemakan "It`s All About Ocean"..

Sebelum dinner bermula..kami dah berkumpul di DECTER seawal 10 pagi bagi melakukan kerja2 akhir sebelum majlis diadakan..
Bagi post jamuan kami perlu menyusun semua kerusi dan meja di dalam dewan dan membantu catering untuk meyiapkan setiap perinci diatas meja...
Masa ni aku dapat lihat semua AJK berkerjasama tanpa mengira post masing2....
Dan disini juga aku dapat lihat..jika semua orang saling tolong-menolong antara 1 sama lain..kerja yang banyak dapat disiapkan dalam masa yang sangat singkat..=)

Ocean`s Crew!!!

Aku sebagai salah seorang AJK Jamuan tidak terlepas untuk menjayakan majlis ini..
Selain daripada handle jamuan..aku jugak handle bahagian pendaftaran..
Benda yang paling best bila handle pendaftaran ni ialah dapat tengok orang melaram habis malam tu untuk ke dinner..tambah dengan bertemakan ocean^^....
Walaupun dinner kali ni clash dengan cuti PRU 13..tapi still ramai orang yang datang..
Terima kasih banyak2...=)


POST JAMUAN DAEBAK !!!!

Majlis pada kedua-dua malam berjalan dengan lancar...
Aku bersyukur sangat2..
Tidak ada apa2 yang buruk berlaku..
Persembahan pada kedua-dua malam juga sangat menarik...(ada nashrin!!! cair dowhh dengar suara dia..hahaha)

Ni diaa orang PENANG~~~

Bila habis jaaa majlis pada malam kedua..Kami perlu mengosongkan dewan SEPENUHNYA sebelum pukul 12.30 tgh mlm....
Wahhhhh...time ni aku rasakan klimaks untuk DINNER...
Cuba bayangkan majlis habis dalam pukul 11 malam..pkul 12.30 tgh malam kena kosongkan dewan..sebab aircond tutup pkul 12, lampu tutup pukul 12.30..
Hmmmm..tunggu lagi...kelam kabut semua pakat kemas dewann...hahaha
Tapi sebagaimana yang cakap aku tadi..
Semangat kerjasama yang tinggi telah membuatkan semua AJK tolong-menolong memgemas dewan..

Tak sampai 1 jam...DECTAR kosong....lengan...tak dak satu sampah @ barang pun dalam tu...siap mop lagi satu dewan...HAHAH
Macam magik pun ada jugakk..HAHaHA
Magik tak magik kena percaya jugak laa..hahah

Sebelum Majlis Bermula-Petang
Semasa Majlis- Malam
Selepas Malis- Tengah Malam

Emmm..bila tngok balik macam tak percaya jaaa...dalam 1 hari DECTAR jadi macam kat atas niii....hahah
Jadi selesai juga akhirnya DINNER KKM yang telah dibuat persiapan dari semester 1 lagii...
Walaupun hanya 2 harii...penat lelah macam setahun...
Tapi sangat berbaloi dengan hasil yang kami dapat...=D







❤DINNER KKM 12/13 GEMPAK!!!! ❤

~HARI GURU~

Belum terlambat aku rasa untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru2 dan pensyarah2 yang telah banyak membantu aku dalam pelajaran mahupun dalam hidup aku...

Tadika KEMAS Titi Besi - KEDAH
Tadika KEMAS Taman Mas Merah - KEDAH
Sekolah Rendah Kebangsaan Titi Gajah - KEDAH
Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Taman - KEDAH
Sekolah Menegah Kebangsaan Convent Alor Star - KEDAH
Kolej Matrikulasi Kedah
Universiti Kebangsaaan Malaysia - SELANGOR

TERIMA KASIH yang tak terhingga keatas segala pengorbanan darimu... ='D

Bila tengok balik tempat2 pengajian aku...
Aku tak pernah keluaq dari KEDAHH..
Semua kat KEDAHH...hahaaha
Jadi, dah selama 19 tahun aku menjadi anak jati KEADAHH..emmm..
Masuk UKM baru laa jadi perantau...huhu
Hopefully aku tabah menjadi perantau untuk 2 tahun lagi...sobsob..


miss them so muchhh <3

zaman muda remaja..hahah

A2P5 - KMK 



❤ Cepatnya masa berlalu ~~~~ ❤ 

~KENANGAN~

Sedar tak sedar...ni merupakan post yang ke 20 untuk blog aku...
Emmm.. sekejap ja aku rasaaa..
Bila aku baca balik post2 aku yang dulu..rasa best pulak..heheh(tak dak keja duk baca post sendiri==")

Semua kenangan, aktiviti, apa yang aku buat semasa semester ni tertulis dalam blog aku..
Best jugak kita dapat review balik apa yang terjadi ^^..apa yang kita buat dulu..hehe
Kiranya not bad laa buat blog ni..sebab lebih kurang macam diari..cuma diari lebih personal and orang lain tak boleh baca..

Semua post yang aku buat ialah cerita tentang diri aku..
Jadi, bila aku tulis tentang diri aku mesti orang tak pernah baca kat mana2 kan..hahah
At least, pembaca2 blog aku ni have fun and aku dapat kongsi cerita aku dengan orang lain..
(perghhh..ayat syok sendiri dowhhh..macam laa ada orang baca blog dia==")haha..

Tapi kalau terpaksa aku akan post jugak benda2 yang merepek..
Contohnya, kalau seminggu tu tak dak benda yang menarik terjadi...
Just, makan,tidor,pegi kelas...
Aku akan post laa benda2 merepek..
Tapi memang takk laa...
Setiap minggu pack dengan aktiviti2 fakulti dengan kolej, ada jaa benda yang kena buat..
(bajet busy kalah PM =.=..)

Jadi, aku berharap...pembaca yang baca blog aku have fun dan tak boring dengan karangan2 merapu yang aku tulis..heheh

Gambar hiasan sahaja
~ME, MYSELF and I~



❤ Ya Allah..sampai ke sudah tak habis2 syok sendiri...bangunlah dari mimpi...!!!@#$%^&*()  ❤ 

~SUNGAI TEKALA~

Lepas penat menuruni Bukit Broga...
Kami bercadang untuk bermandi manda di sungai..(tak jumpa air terjun, sungai pun jadi laa..heheh)
Jadi, Sungai Tengkala ini merupakan destinasi seterusnya selepas mendaki Bukit Broga..=)
Dah berpeluh-peluh dan melekat lekit baju lepas mendaki tu mesti nak mandi kannn..
So, kami pun terus ke Sungai Tekala untuk merehatkan diri...=D
Dari Bukit Broga nak ke Sungai Tekala ni tak dak laa jauh sangat..
Lebih kurang 30 minit jaa..
Cuma jalan nak ke sungai ni dalam sikit laa...
Masuk jumpa perumahan taman..
Lepas tu masuk lagi dalam jumpa kampung pulak...
Lepas jumpa kampung..jumpa pekuburan cina yang besar tu..NIRVANA..
Lepas tu baru laaa sampai ke sungai tu...

Kami sampai di sungai tu lebih kurang dalam pukul 10 pagi..
Jadi tak ramai lagi orang..tapi still ada orang yang awal lagi dari kami..
Segala jenis makanan telah siap sedia dibawa untuk mengisi perut yang kosong dari tadi..heheh
Kat sini masalah air tak dak dah dan tak menjadi isu..(dah terlebih air pun ada,kalau tak cukup air..minum air sungai jaa laa)...hahaha

Lepas jaaa habis mandi...kami pun berangkat pulang...
Tapi aktiviti kami tidak berhenti sampai disini sahaja..heheh
Kami terus mencari kedai makan untuk makan tengahari..(time ni perut lapaqq gila=.=..)
Biasalaa..selalunya kalau lepas mandi atau berendam dalam air ni...mesti perut jadi lapar punya..
Selepas selesai makan...kami pun beredar balik ke kolej masing2..

Untuk aku, lepas balik kolej jaaa..solat zohor...
Letak kepala kat bantal...terus ghaib....
Tidur lena kepenatan petang tu...hehehe


❤ Semoga persahabatan kita terus berkekalan..bukan sekadar ahli kelab='D ❤

Sunday, 19 May 2013

~ BUKIT BROGA~

Okay, rasanya dah lama tak post kat blog ni..
Jadi...nak tulis balik kenangan2 yang tak di update untuk beberapa minggu ni..
Salah satunya ialah pengalaman mendaki Bukit Broga bersama exco Kelab Ekonomi!!!
Orang kata kalau duk kat UKM tak sah kalau tak cuba panjat bukit broga ni..
Yaa laaa...dah dekat sangat...tak sampai 1 jam..dah pun sampai..
Alhamdullilah..diberi kesempatan juga untuk mendaki bukit ni..
Maybe boleh jadi stage 1 persedian untuk mendaki gunung kinabalu nanti....hehehe

Selalunya orang akan start panjat area dalam pkul 4-5 pagi untuk tengok matahari terbit..
Tapi..disebabkan kami semua terbabas dalam tidurrr...kami start mendaki dalam pukul 6.30 pagi..heheh(jauh beza masanyaa)..
Jadii...sambil duk panjat....sambil duk tengok matahari terbit..hahah..
Tak sempat nak panjat sampai ke atas untuk tengok..maybe next time.. In sya Allah..

Disebabkan kami dah lewat sampai di tempat kejadian..
Kami kalut dan terus bergerak untuk mendaki bagi tidak membuang masa lagi...
Oleh yang demikian...kami tidak melakukan apa2 streching mahupun renggagan sebelum mendaki..(semua org mesti dah tau apa effect dia +_+....)
Yang paling tragis..kami semua tidak membawa bekalan air langsung...mahupun setitik..
Dah separuh jalan mendaki barulah perasan...tak dak sapa sorang pun yang bawa ayaq..
Yang bawa hanyalah rotii sahaja..
Lepas tu semua pakat terliur jaa tngok orang lain punya ayaq..hahaha..

Tapi benda tu tidak mematahkan semangat kami untuk mendaki sampai ke puncak..
Walaupun jalan yang berliku dan sangat curam..
Kami cuba juga untuk sampai ke puncak..

Dan Alhamdullilah...kami sampai ke puncak..
Dan...pemandangan dari atas bukit tu Subhanaallah...sangat2 cantik dan indah..
Segala penat lelah hilang selepas tengok pemandangan dari atas =)...
Dan apa lagi posing sakan kat atas tu..kalau boleh tak mau turun..nak duk kat atas tu jaa..hahaha
Header untuk blog ni merupakan salah satu gambar yang sempat diambil dari atas bukit broga ni..(cantikkan?? maybe sebab tuan dalam gambaq tu cantik sekali kowt ..hehe)






❤ Jadi sapa2 yang belum pernah mendaki bukit broga....cuba lah naik =) ❤


Monday, 22 April 2013

~AIR+AYAQ~

AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR!!!!!
AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR!!!!!
AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR!!!!
AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR!!!!!
AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR AIR!!!!


Saja seru banyak2 kali..mana tau tiba2 air ada balik kan..sobsobT.T
Wuarghhh!!!
Dah 3 hari tak dak air ✖...yang menyedihkan lagi aku..
Aku rasa tandas aku lah tandas paling awal tak dak air kat KKM ni ✔...
Kenapa! Kenapa! Kenapa! Kenapa Aku!!!( jangan duk buat drama kat sini sangat laa =.=)
Dan yang lagi memelikkan aku lagi ialah....
Time exam laa yang tak dak ayaq pun...

Haaa, tudia keluaq dah AYAQ..
Dari tadi duk tahan tulis AIR jaa..
Tak boleh tahan dah, kena tulis ayaq jugak✔.....sumpah geli tulis AIR~~✖(=.=")
Keyel la sangat kan...(aku ni ingat lagi asal usul okay✔.....HAHAH)
So,aku akan start tulis ayaq..semua faham kowt noh..

AYAQ = AIR

Tak kan nak buat kelas bahasa Kedah pulak kat sini kan..hee
Okay2..sambung balik cerita...kat mana tah berhenti..
Hhhmmmm...

Hhhaaaa...pasal tak dak ayaq dengan exam..
Apa hubungan mereka?? berhubungan negatif atau positif?? (mood exam makro tak habis lagi ☀☂☁..heee)
And bila fikir balik ni suratan atau kebetulan??? (macam tajuk lagu ♫ ♬♪ jaa..HAHAH)
Tapi kita sebagai seorang muslim kena percaya ni mungkin dugaan dari ALLAH S.W.T. kepada kita untuk kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada...

Yelaa..time ada ayaq, bazir jaa tau...
Aku kata kat diri aku sendiri..tapi sapa2 yang terasa, ambik laa..(tak kena charge pun..hee)
Mungkin lepas ni aku aku akan berjimat??=)
Tapi bila ada perkataan "mungkin & akan" ni dia jadi macam ayat aku yang atas☝ tadi 80% tak kan jadi kenyataan..HAHAH
Maybe aku akan "kurang"kan pembaziran ayaq...(ayat ni baru betul kowt..hee)
Tapi hopefully masalah ayaq kat UKM ni boleh diselesaikan suatu hari nanti..
In Sya ALLAH.. 。^◕‿◕^。


Kalau tak dak ayaq tak pa lagi, tapi kalau tak dak elektrik 3 hari boleh meroyan aku=="..HAHAH

Maybe,aku kena baca buku ni...heheh


❤ Ayaq jangan laa merajuk lama2 sangat..Kita minta maaf okay? =) ❤

Friday, 19 April 2013

~LAGU~

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!



Cer teka cer teka....lagu apa yang aku post nii...hehe◕ ‿-。
Aku tau mesti semua pakat duk try menyayi dalam hati bila baca lirik nii...kan kan kan..
(tapi menyayi dalam hati dah laa, takut orang lain terkejut pulak..HAHA)

Disebabkan tak dak benda apa aku nak cerita minggu ni, jadi aku postkan satu lirik lagu..heee ☻
(ya laa, mana tak nya..masa cuti haritu duk buat benda2 lagha jaa =.=! )


Sebagai mana yang kita semua tahu..(yang tak tau tu, buat2 tau jugak.)
Lagu ni ialah lagu ✿Gemuruh Suara✿ yang digubah bagi menaikkan semangat ✔ para atlet2 negara untuk bertanding dalam sukan Olimpik London pada tahun lepas..
And aku suka gila2 lagu ni... SERIOUSLY..
First, sebab lirik dia yang memang memberi kita semangat bila kita menyayi...and of course rentak @ melodi ♫ ♬♪dia yang sangat best...(sekarang pun duk tengah menyayi dalam hati♫ ♬♪..heee^^)
Kiranya gubahan lagu ni memang sedap la orang dengar..


Mau tak sedap..

Kalau lagu ni keluar kat iklan TV jaa, aku tak kan ubah channel and aku akan menyayi ♫ ♬♪ sekali (even suara macam tertelan microphone pun ada)..HAHAH

Kadang2 sampai boleh buat duet denga adik aku sekali laa..
Kalau abah aku menyayi sekali kira boleh buat band teruih laa..(anak beranak sama jaa)..HAHAHA

Actually lagu ni memang sesuai sangat2 untuk atlet2 kita yang nak pergi berjuang mengharumkan nama negara ✔..
Kalau atlet kita tersingkir ataupun menang.. lagu ni akan menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang pada masa hadapan..(boleh meremang bulu roma kowt kalau kita hayati lirik dia, menangis pun boleh ni)....sob sob^︵^
Dan kalau kita tengok MV lagu kita boleh lihat yang semua kaum bersatu ✔ bagi menyokong para atlet kita untuk berjuang dalam menaikkan nama negara di peringkat dunia..
Dan disitu kita boleh lihat semua rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira kaum dan agama untuk bersama-sama memberi semangat ✔ kepada para atlet kita untuk berjuang..=)

Dan tahniah saya ucapkan kepada ♚ Datuk Lee Chong Wei ♚ dan ♛ Padalela Rinong ♛ yang telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana telah menaikkan nama Malaysia di dalam arena sukan dunia✔..
Walaupun Malaysia belum pernah mendapat pingat emas, tetapi semangat juang yang tinggi dari mereka tidak dapat disangkal lagi....(tiba2 jaa ayat formal keluaq==")

Sedih bila tengok DLCW sebak.. ='(
"skills win you medals, BUT attitude wins hearts"
- ESPN commentator  said of  DLCW


❤ I'M PROUD TO BE MALAYSIAN ='D ❤