Monday, 20 May 2013

~GELANDANGAN~

Gelandangan..
Maybe ni merupakan kali pertama sesetengah orang mendengar perkataan nii..
Jadi aku nak explain dulu laa maksud gelandangan ni...
Kalau dalam english orang panggil HOMELESS..
Rasanya semua orang dah tau dah kalau aku tulis homeless nii...
Tak perlu lah aku nak hurai panjang2 kan...

Kenapa post aku kali nii tentang gelandangan???

Sebenarnya aku dipilih untuk menjadi Ketua Pengarah bagi Program Tautan Kasih Bersama Gelandangan anjuran Kelab Ekonomi...
Dimana program ini dibuat untuk memberi makanan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur..

Jadi semester ni aku banyak membaca tentang gelandangan nii..
Dan seminggu sebelum program nii dijalankan..
Aku dengan 3 orang exco2 Kelab Ekonomi yang lain telah mengambil keputusan untuk melawat tempat dimana program kami akan dijalankan...
Iaitu dibelakang Tunes Hotel Jalan Sultan Ismail..
Program ini dijalankan dengan kerjasama dari PERTIWI Soup Kitchen...

Jadi pada hari tersebut kami bertolak petang dari UKM kerana kami akan memgedarkan makanan kepada gelandangan tepat pada pukul 9 malam...


Truck makanan dah sampai =)
Pada hari tersebut juga ada baju2 terpakai dibawa oleh salah sorang sukarelawan untuk diberikan kepada golongan gelandangan..
Tapi untuk hari tu hanya baju lelaki sahaja yang dibawa...

Beratur untuk mendapatkan pakaian...


Mencari saiz baju yang sesuai untuk mereka..



❤ Belajar lah untuk bersyukur... ='( ❤

~DINNER KKM~


Pada 2 dan 3 Mei yang lepas telah berlansung Malam Anugerah Mahasiswa Dan Amal Kolej Keris Mas 12/13 di DECTAR...
Dinner KKM ni telah dijalankan selama 2 hari iaitu junior night dan senior night...kerana tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai...
Dinner pada kali ini bertemakan "It`s All About Ocean"..

Sebelum dinner bermula..kami dah berkumpul di DECTER seawal 10 pagi bagi melakukan kerja2 akhir sebelum majlis diadakan..
Bagi post jamuan kami perlu menyusun semua kerusi dan meja di dalam dewan dan membantu catering untuk meyiapkan setiap perinci diatas meja...
Masa ni aku dapat lihat semua AJK berkerjasama tanpa mengira post masing2....
Dan disini juga aku dapat lihat..jika semua orang saling tolong-menolong antara 1 sama lain..kerja yang banyak dapat disiapkan dalam masa yang sangat singkat..=)

Ocean`s Crew!!!

Aku sebagai salah seorang AJK Jamuan tidak terlepas untuk menjayakan majlis ini..
Selain daripada handle jamuan..aku jugak handle bahagian pendaftaran..
Benda yang paling best bila handle pendaftaran ni ialah dapat tengok orang melaram habis malam tu untuk ke dinner..tambah dengan bertemakan ocean^^....
Walaupun dinner kali ni clash dengan cuti PRU 13..tapi still ramai orang yang datang..
Terima kasih banyak2...=)


POST JAMUAN DAEBAK !!!!

Majlis pada kedua-dua malam berjalan dengan lancar...
Aku bersyukur sangat2..
Tidak ada apa2 yang buruk berlaku..
Persembahan pada kedua-dua malam juga sangat menarik...(ada nashrin!!! cair dowhh dengar suara dia..hahaha)

Ni diaa orang PENANG~~~

Bila habis jaaa majlis pada malam kedua..Kami perlu mengosongkan dewan SEPENUHNYA sebelum pukul 12.30 tgh mlm....
Wahhhhh...time ni aku rasakan klimaks untuk DINNER...
Cuba bayangkan majlis habis dalam pukul 11 malam..pkul 12.30 tgh malam kena kosongkan dewan..sebab aircond tutup pkul 12, lampu tutup pukul 12.30..
Hmmmm..tunggu lagi...kelam kabut semua pakat kemas dewann...hahaha
Tapi sebagaimana yang cakap aku tadi..
Semangat kerjasama yang tinggi telah membuatkan semua AJK tolong-menolong memgemas dewan..

Tak sampai 1 jam...DECTAR kosong....lengan...tak dak satu sampah @ barang pun dalam tu...siap mop lagi satu dewan...HAHAH
Macam magik pun ada jugakk..HAHaHA
Magik tak magik kena percaya jugak laa..hahah

Sebelum Majlis Bermula-Petang
Semasa Majlis- Malam
Selepas Malis- Tengah Malam

Emmm..bila tngok balik macam tak percaya jaaa...dalam 1 hari DECTAR jadi macam kat atas niii....hahah
Jadi selesai juga akhirnya DINNER KKM yang telah dibuat persiapan dari semester 1 lagii...
Walaupun hanya 2 harii...penat lelah macam setahun...
Tapi sangat berbaloi dengan hasil yang kami dapat...=D







❤DINNER KKM 12/13 GEMPAK!!!! ❤

~HARI GURU~

Belum terlambat aku rasa untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru2 dan pensyarah2 yang telah banyak membantu aku dalam pelajaran mahupun dalam hidup aku...

Tadika KEMAS Titi Besi - KEDAH
Tadika KEMAS Taman Mas Merah - KEDAH
Sekolah Rendah Kebangsaan Titi Gajah - KEDAH
Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Taman - KEDAH
Sekolah Menegah Kebangsaan Convent Alor Star - KEDAH
Kolej Matrikulasi Kedah
Universiti Kebangsaaan Malaysia - SELANGOR

TERIMA KASIH yang tak terhingga keatas segala pengorbanan darimu... ='D

Bila tengok balik tempat2 pengajian aku...
Aku tak pernah keluaq dari KEDAHH..
Semua kat KEDAHH...hahaaha
Jadi, dah selama 19 tahun aku menjadi anak jati KEADAHH..emmm..
Masuk UKM baru laa jadi perantau...huhu
Hopefully aku tabah menjadi perantau untuk 2 tahun lagi...sobsob..


miss them so muchhh <3

zaman muda remaja..hahah

A2P5 - KMK 



❤ Cepatnya masa berlalu ~~~~ ❤ 

~KENANGAN~

Sedar tak sedar...ni merupakan post yang ke 20 untuk blog aku...
Emmm.. sekejap ja aku rasaaa..
Bila aku baca balik post2 aku yang dulu..rasa best pulak..heheh(tak dak keja duk baca post sendiri==")

Semua kenangan, aktiviti, apa yang aku buat semasa semester ni tertulis dalam blog aku..
Best jugak kita dapat review balik apa yang terjadi ^^..apa yang kita buat dulu..hehe
Kiranya not bad laa buat blog ni..sebab lebih kurang macam diari..cuma diari lebih personal and orang lain tak boleh baca..

Semua post yang aku buat ialah cerita tentang diri aku..
Jadi, bila aku tulis tentang diri aku mesti orang tak pernah baca kat mana2 kan..hahah
At least, pembaca2 blog aku ni have fun and aku dapat kongsi cerita aku dengan orang lain..
(perghhh..ayat syok sendiri dowhhh..macam laa ada orang baca blog dia==")haha..

Tapi kalau terpaksa aku akan post jugak benda2 yang merepek..
Contohnya, kalau seminggu tu tak dak benda yang menarik terjadi...
Just, makan,tidor,pegi kelas...
Aku akan post laa benda2 merepek..
Tapi memang takk laa...
Setiap minggu pack dengan aktiviti2 fakulti dengan kolej, ada jaa benda yang kena buat..
(bajet busy kalah PM =.=..)

Jadi, aku berharap...pembaca yang baca blog aku have fun dan tak boring dengan karangan2 merapu yang aku tulis..heheh

Gambar hiasan sahaja
~ME, MYSELF and I~



❤ Ya Allah..sampai ke sudah tak habis2 syok sendiri...bangunlah dari mimpi...!!!@#$%^&*()  ❤ 

~SUNGAI TEKALA~

Lepas penat menuruni Bukit Broga...
Kami bercadang untuk bermandi manda di sungai..(tak jumpa air terjun, sungai pun jadi laa..heheh)
Jadi, Sungai Tengkala ini merupakan destinasi seterusnya selepas mendaki Bukit Broga..=)
Dah berpeluh-peluh dan melekat lekit baju lepas mendaki tu mesti nak mandi kannn..
So, kami pun terus ke Sungai Tekala untuk merehatkan diri...=D
Dari Bukit Broga nak ke Sungai Tekala ni tak dak laa jauh sangat..
Lebih kurang 30 minit jaa..
Cuma jalan nak ke sungai ni dalam sikit laa...
Masuk jumpa perumahan taman..
Lepas tu masuk lagi dalam jumpa kampung pulak...
Lepas jumpa kampung..jumpa pekuburan cina yang besar tu..NIRVANA..
Lepas tu baru laaa sampai ke sungai tu...

Kami sampai di sungai tu lebih kurang dalam pukul 10 pagi..
Jadi tak ramai lagi orang..tapi still ada orang yang awal lagi dari kami..
Segala jenis makanan telah siap sedia dibawa untuk mengisi perut yang kosong dari tadi..heheh
Kat sini masalah air tak dak dah dan tak menjadi isu..(dah terlebih air pun ada,kalau tak cukup air..minum air sungai jaa laa)...hahaha

Lepas jaaa habis mandi...kami pun berangkat pulang...
Tapi aktiviti kami tidak berhenti sampai disini sahaja..heheh
Kami terus mencari kedai makan untuk makan tengahari..(time ni perut lapaqq gila=.=..)
Biasalaa..selalunya kalau lepas mandi atau berendam dalam air ni...mesti perut jadi lapar punya..
Selepas selesai makan...kami pun beredar balik ke kolej masing2..

Untuk aku, lepas balik kolej jaaa..solat zohor...
Letak kepala kat bantal...terus ghaib....
Tidur lena kepenatan petang tu...hehehe


❤ Semoga persahabatan kita terus berkekalan..bukan sekadar ahli kelab='D ❤

Sunday, 19 May 2013

~ BUKIT BROGA~

Okay, rasanya dah lama tak post kat blog ni..
Jadi...nak tulis balik kenangan2 yang tak di update untuk beberapa minggu ni..
Salah satunya ialah pengalaman mendaki Bukit Broga bersama exco Kelab Ekonomi!!!
Orang kata kalau duk kat UKM tak sah kalau tak cuba panjat bukit broga ni..
Yaa laaa...dah dekat sangat...tak sampai 1 jam..dah pun sampai..
Alhamdullilah..diberi kesempatan juga untuk mendaki bukit ni..
Maybe boleh jadi stage 1 persedian untuk mendaki gunung kinabalu nanti....hehehe

Selalunya orang akan start panjat area dalam pkul 4-5 pagi untuk tengok matahari terbit..
Tapi..disebabkan kami semua terbabas dalam tidurrr...kami start mendaki dalam pukul 6.30 pagi..heheh(jauh beza masanyaa)..
Jadii...sambil duk panjat....sambil duk tengok matahari terbit..hahah..
Tak sempat nak panjat sampai ke atas untuk tengok..maybe next time.. In sya Allah..

Disebabkan kami dah lewat sampai di tempat kejadian..
Kami kalut dan terus bergerak untuk mendaki bagi tidak membuang masa lagi...
Oleh yang demikian...kami tidak melakukan apa2 streching mahupun renggagan sebelum mendaki..(semua org mesti dah tau apa effect dia +_+....)
Yang paling tragis..kami semua tidak membawa bekalan air langsung...mahupun setitik..
Dah separuh jalan mendaki barulah perasan...tak dak sapa sorang pun yang bawa ayaq..
Yang bawa hanyalah rotii sahaja..
Lepas tu semua pakat terliur jaa tngok orang lain punya ayaq..hahaha..

Tapi benda tu tidak mematahkan semangat kami untuk mendaki sampai ke puncak..
Walaupun jalan yang berliku dan sangat curam..
Kami cuba juga untuk sampai ke puncak..

Dan Alhamdullilah...kami sampai ke puncak..
Dan...pemandangan dari atas bukit tu Subhanaallah...sangat2 cantik dan indah..
Segala penat lelah hilang selepas tengok pemandangan dari atas =)...
Dan apa lagi posing sakan kat atas tu..kalau boleh tak mau turun..nak duk kat atas tu jaa..hahaha
Header untuk blog ni merupakan salah satu gambar yang sempat diambil dari atas bukit broga ni..(cantikkan?? maybe sebab tuan dalam gambaq tu cantik sekali kowt ..hehe)






❤ Jadi sapa2 yang belum pernah mendaki bukit broga....cuba lah naik =) ❤