Saturday, 1 June 2013

~PEMBENTANGAN 1~

Mungkin agak lewat aku postkan tentang sesi pembentangan PowerPoint untuk subjek aplikasi komputer ni...
Pembentangan sesi pertama hanya 2 kumpulan yang sempat membentangkan hasil kerja mereka...
Disebabkan oleh masalah teknikal dan jugak masalah dunia..HEHEHE

Pembentangan kumpulan lain terpaksa ditangguhkan kepada hari lain..
Fuhhh....kecut perut jugak duk tunggu Encik Azzwan tarik nombor kumpulan yang kena bentang..HIHIHIH

2 kumpulan yang sempat membetang pada hari tersebut ialah kumpulan 2 dan kumpulan 12 sahaja..

Kumpulan 2 membentangkan mengenai KASUT...
Wowwww....tak terhafal aku=.=
Banyak info yang aku dapat dari pembentangan ni..
Dan rupa-rupanya setiap jenis kasut yang kita pakai ada namanya yang tersendiri..

Aku sebagai seorang perempuan pun tak tahu nama2 spesifik bagi setiap kasut ni...=="
Jadi bila kumpulan ni membentangkan tajuk ni..
At least aku dah tahu sikit jenis2 kasut ni..
Kumpulan ni jugak ada memberikan tips2 yang berguna untuk membeli dan memadankan kasut yang kita ada dengan baju yang kita gayakan..
Video yang dibuat jugak menarik dan mendapat pujian dari rakan yang lain..

Bagi kumpulan 12 pulak..mereka membentangkan tajuk PANTANG LARANG..
Mereka menerangkan lebih spesifik bagi pantang larang kaum Melayu, Cina dan India..
Ada pantang larang yang dah pernah aku dengar..
Dan ada juga pantang larang yang baru 1st time aku dengar..
Selalunya pantang larang bagi kaum lain laa....
Tajuk yang dibentangkan jugak tidak boring..
Dan dapat menarik perhatian kelas..


❤ Kita tunggu pembentangan seterusnya....jangan tukar siaran anda...hehe❤

No comments:

Post a Comment